Suatu hobi aku yang agak lama aku tinggalkan ialah membaca. Ya, di suatu ketika aku amatlah berahikan buku. Pantang ada buku yang menarik minat aku, aku pastikan jadi milik aku serta merta. Dari buku-buku di toko-toko buku terkenal, hinggalah ke gerai buku-buku lusuh di pasar malam, aku tak kira.
Aku tidak meletakkan ketidakmembacaan aku ni disebabkan oleh kesibukan kerjaya dan pengurusan keluarga. Terang-terang memang aku yang pemalas. Membaca ni sebenarnya, sendiri-diri kena curi masa.
Macam kita dengan Al-Quran jugaklah. Kena paksakan jugak diri baca Quran, habis malas sehari semuka.
Maka, setelah meneliti lama perihal kemalasan aku membaca ni, aku dapati benda pertama yang aku perlu singkirkan, atau kena kurangkan ialah MASA BERGAJET.
Kita terlalu lalai dengan bergajet sekarang ni. Yang aku maksudkan dengan bergajet ini lebih menjurus kepada berhabis masa di laman sosial. Macam tak kena sangat kononnya, kalau sehari tak bukak fesbuk.
Inisiatif aku, setakat minggu ni, ialah menjadikan hari Ahad sebagai HARI TANPA LAMAN SOSIAL. Nak tolak gajet terus, wasap kena usha-usha jugak, kot-kot ada apa-apa makluman dari keluarga atau rakan sekerja.
Nak kata bedah buku, aku tak layak mengkritik hasil tulisan orang lain. Sendiri menulis pun, bersepah.
0 Comments